Sabtu, 28 Januari 2012

PERINGATAN PENGISIAN MAKLUMAT GURU PENYELARAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012


Guru Penyelaras
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.
Melalui:
Pengetua/ Guru BesarSekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.
Tuan,
Merujuk kepada surat JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (57) bertarikh 09 Januari 2012 adalah berkaitan.
 2.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melakukan pengisian maklumat secara online dengan melayari alamat sesawang : http://ppdajpnj.blogspot.com/ bagi tujuan pengisian maklumat tersebut.
3.         Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat melengkapkan maklumat tersebut sebelum atau pada 31 Januari 2012. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

MAKLUMAT PENYERTAAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2012

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama pihak tuan untuk mengisi maklumat penyertaan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah tahun 2012. Maklumat tersebut boleh diisi melalui laman web berikut :


3. Tarikh akhir pengisian maklumat tersebut adalah pada 16 Februari 2012. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa (SEKOLAH RENDAH) BIL. 1/2012

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Februari 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Johor Bahru

2. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama pihak tuan untuk memberikan pelepasan kepada Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadahsekolah tuan untuk menghadiri mesyuarat ini. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti. Abdullah (Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Johor Bahru) di talian:             07-2266345       atau menerusi e-mail: syaami_bachelor@hotmail.com. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa (SEKOLAH MENENGAH) BIL. 1/2012

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Februari 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Johor Bahru (bangunan lama)

2. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama pihak tuan untuk memberikan pelepasan kepada Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah tuan untuk menghadiri mesyuarat ini. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti Abdullah (Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah) di talian:             07-2266345       atau menerusi e-mail: syaami_bachelor@hotmail.com. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN SURAT SIARAN BERKAITAN PPDa

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor,

Pohon kerjasama pihak tuan untuk merujuk kembali surat pekeliling ikhtisas berikut dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah :
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3.2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah Di sekolah.
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4. 2010 - Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah.
  3. Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah rendah (PROSIDAR).
  4. Pengurusan Bilik Sumber dan sudut/Lorong PPDa Di Sekolah.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PEMANTAUAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH


Pengetua/ Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Bersama-sama ini disertakan surat daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Surat rujukan JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9(60) bertarikh 17 Januari 2012 adalah sebagai rujukan tuan.

2. Bagi tujuan tersebut bersama-sama ini dilampirkan Instrumen Pemantauan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah untuk tindakan pihak tuan. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

MEREKAYASA PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (59) bertarikh 09 Januari 2012) adalah sebagai rujukan tuan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MEREKAYASA PENGURUSAN PPDa SEKOLAH

PEMBUGARAN DAN PENGEMASKINIAN BILIK/ SUDUT/ LORONG SUMBER PPDa SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2012

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (55) bertarikh 09 Januari 2012) adalah sebagai rujukan tuan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Isnin, 23 Januari 2012

PENCALONAN PERTANDINGAN SUDUT/ LORONG/ BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI 2012

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Surat rujukan JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (58) bertarikh 09 Januari 2012 adalah sebagai rujukan tuan.

3. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu melengkapkan maklumat pencalonan secara online di laman sesawang : http://ppdajpnj.blogspot.com/ sebelum atau pada 31 Januari 2012. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PENGISIAN MAKLUMAT GURU PENYELARAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012

Guru Penyelaras
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Melalui:
Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Merujuk kepada surat JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (57) bertarikh 09 Januari 2012 adalah berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melakukan pengisian maklumat secara online dengan melayari alamat sesawang : http://ppdajpnj.blogspot.com/ bagi tujuan pengisian maklumat tersebut.

3. Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat melengkapkan maklumat tersebut sebelum atau pada 31 Januari 2012. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.