Isnin, 19 Mac 2012

TERKINI : PENGESAHAN STATUS PENGHANTARAN INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012 (FASA 1)


PENGETUA/ GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU.

TUAN,

DILAMPIRKAN MAKLUMAT TERKINI STATUS PENGHANTARAN INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2012 (FASA 1). SEHUBUNGAN DENGAN ITU, MOHON KERJASAMA SEKOLAH-SEKOLAH YANG MASIH BELUM MENGHANTAR INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PPDa MENGHANTAR MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN KADAR SEGERA.
2. SEKIAN UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN PIHAK TUAN. SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN SILA HUBUNGI CIK NORSYAKINAH BT. ABDULLAH (PENYELIA PPDa) DI TALIAN 072266345/ 0123602653.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENGESAHAN PENGHANTARAN INSTRUMEN PEMANTAUAN PPDa 2012 (FASA 1)

Selasa, 21 Februari 2012

Jumaat, 17 Februari 2012

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH - "PROGRAM RAHSIA"

Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.
(Seperti Lampiran A)

Tuan,

Merujuk perkara di atas, berdasarkan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (59) bertarikh 16 Januari 2012.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melaksanakan program ini. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti. Abdullah (Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah, PPD Johor Bahru) di talian 07-2266345/             012-3602653      atau e-mail syaami_bachelor@hotmail.com. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Merujuk perkara di atas, disertakan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor JPNJ:PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (78) bertarikh 13 Februari 2012.

2. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Encik Mustaffa bin. Ibrahim di talian             013-7526969       di Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Johor. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Jumaat, 10 Februari 2012

PERKONGSIAN MAKLUMAT MENGENAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Sila layari http://kenali.net/ untuk mendapatkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 9 Februari 2012

PERKONGSIAN MAKLUMAT MENGENAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Sila layari : http://kenali.net/ untuk mendapatkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah.

Rabu, 8 Februari 2012

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH - "PROGRAM RAHSIA"

Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.
(Seperti Lampiran A)

Tuan,

Bersama-sama ini disertakan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Surat rujukan JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (59) bertarikh 16 Januari 2012 adalah sebagai rujukan tuan.

2.     Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melaksanakan program ini. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SURAT PELAKSANAAN PROGRAM "RAHSIA"


KERTAS KONSEP PROGRAM "RAHSIA"

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH - "PROGRAM RAHSIA"

Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.
(Seperti Lampiran A)

Tuan,

Sehubungan dengan itu, diminta Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah tuan hadir ke taklimat tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh          : 09 Februari 2012 (Khamis)
Masa           : 2.00 petang
Tempat        : SMK Tun Sardon, Batu Pahat
                     JKR 940, Jalan SMK Tun Sardon, Rengit
                     83100 Batu Pahat (No. Tel : 07-4241020)

Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SURAT TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM "RAHSIA"

Selasa, 7 Februari 2012

BAHAN MESYUARAT PENGURUSAN PPDa

Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan/ Puan,

Berikut disertakan bahan-bahan Mesyuarat Pengurusan PPDa untuk panduan dan rujukan bersama. Sekian, terima kasih.

BAHAN MESYUARAT PENGURUSAN PPDa

Sabtu, 28 Januari 2012

PERINGATAN PENGISIAN MAKLUMAT GURU PENYELARAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012


Guru Penyelaras
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.
Melalui:
Pengetua/ Guru BesarSekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.
Tuan,
Merujuk kepada surat JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (57) bertarikh 09 Januari 2012 adalah berkaitan.
 2.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melakukan pengisian maklumat secara online dengan melayari alamat sesawang : http://ppdajpnj.blogspot.com/ bagi tujuan pengisian maklumat tersebut.
3.         Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat melengkapkan maklumat tersebut sebelum atau pada 31 Januari 2012. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

MAKLUMAT PENYERTAAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2012

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama pihak tuan untuk mengisi maklumat penyertaan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah tahun 2012. Maklumat tersebut boleh diisi melalui laman web berikut :


3. Tarikh akhir pengisian maklumat tersebut adalah pada 16 Februari 2012. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa (SEKOLAH RENDAH) BIL. 1/2012

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Februari 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Johor Bahru

2. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama pihak tuan untuk memberikan pelepasan kepada Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadahsekolah tuan untuk menghadiri mesyuarat ini. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti. Abdullah (Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Johor Bahru) di talian:             07-2266345       atau menerusi e-mail: syaami_bachelor@hotmail.com. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa (SEKOLAH MENENGAH) BIL. 1/2012

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Februari 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Johor Bahru (bangunan lama)

2. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama pihak tuan untuk memberikan pelepasan kepada Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah tuan untuk menghadiri mesyuarat ini. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti Abdullah (Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah) di talian:             07-2266345       atau menerusi e-mail: syaami_bachelor@hotmail.com. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN SURAT SIARAN BERKAITAN PPDa

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor,

Pohon kerjasama pihak tuan untuk merujuk kembali surat pekeliling ikhtisas berikut dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah :
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3.2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah Di sekolah.
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4. 2010 - Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah.
  3. Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah rendah (PROSIDAR).
  4. Pengurusan Bilik Sumber dan sudut/Lorong PPDa Di Sekolah.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PEMANTAUAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH


Pengetua/ Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Bersama-sama ini disertakan surat daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Surat rujukan JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9(60) bertarikh 17 Januari 2012 adalah sebagai rujukan tuan.

2. Bagi tujuan tersebut bersama-sama ini dilampirkan Instrumen Pemantauan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah untuk tindakan pihak tuan. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

MEREKAYASA PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (59) bertarikh 09 Januari 2012) adalah sebagai rujukan tuan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MEREKAYASA PENGURUSAN PPDa SEKOLAH

PEMBUGARAN DAN PENGEMASKINIAN BILIK/ SUDUT/ LORONG SUMBER PPDa SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2012

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan surat dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ: PPDa (38) 100-19/6/1 Jld. 9 (55) bertarikh 09 Januari 2012) adalah sebagai rujukan tuan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.