Khamis, 25 Februari 2010

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN TAHUN 2010

19 Februari 2010 adalah sambutan Hari Anti Dadah peringkat Kebangsaan. Jabatan Pelajaran Johor mencadangkan sambutan itu dilaksanakan di semua sekolah di negeri Johor mulai 15 Februari 2010 hingga 26 Februari 2010 dengan menjalankan beberapa aktiviti selama seminggu seperti berikut :-
  • Ikrar AntiDadah oleh semua pelajar semasa perhimpunan
  • Membaca Perutusan
  • Ucapan Pengetua/Guru Besar Sempena Hari Anti Dadah (mengandungi mesej Pendidikan Pencegahan Dadah) dalam perhimpunan.
  • Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah seperti ceramah, pameran, melukis poster, kuiz antidadah dan lain-lain program yang boleh menggalakkan peningkatan, pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar mengenai dadah.

Tema Minggu Anti Dadah pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah".Sila muat turun bahan-bahan berikut bagi pelaksanaan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Tahun 2010 di peringkat sekolah.

  1. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  2. Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit
  3. Bahan Sokongan Program Cuma Lima Minit

Jumaat, 19 Februari 2010

KURSUS JURULATIH UTAMA SAHABAT PPDa PETRONAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010

TARIKH : 23 HINGGA 25 FEBRUARI 2010
TEMPAT : HOTEL SELESA, PASIR GUDANG
MASA : 2.30 PETANG (PENDAFTARAN)

JURULATIH EKSEKUTIF YANG TERLIBAT :

  1. Semua Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri Johor
  2. Azmi Murad Bin Abu Yamin - SMk Seri Intan, Kluang
  3. Wan Maheera Bt Wan Talib - SMK Simpang Renggam, Kluang
  4. Mohd Sharful Admal Bin Adnan - SK Kota Masai, Pasir Gudang
  5. Salwana Bt Mohamed Nor - SMK Kota Puteri 2, Pasir Gudang
  6. Norsyuhaidah bt Shuhaimi - Sk Johor Jaya 5, Pasir Gudang
  7. Md Arvanee Bin Md Jani - Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
  8. Tuan Amzi Shah Bin Tuan Alias - SMK Dato' Usman Awang, Johor Bahru
  9. Mohd Hazni Bin Ali - SMK Dato' Seri Amar Diraja Muar
  10. K.Bhaskaran A/L t. Krishnan - SMK Tunku Putra, Batu Pahat
  11. Siti Hawa Bt Sari - SK Jelutong, Batu Pahat.
PENGISIAN PROGRAM :

  • Suai Kenal
  • Pengenalan Sahabat PPDa Petronas
  • Kenal Diri
  • Kemahiran Asas Membimbing
  • Kemahiran Komunikasi & Asertif
  • Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Pelan Tindakan

Khamis, 11 Februari 2010

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH BAGI TAHUN 2010

Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Cawangan Penguatkuasaan & Keselamatan
AADK Negeri Johor, Bangunan Felda Palm Oil Sdn. Bhd
Jalan Taruka Off, Jalan Datin Halimah
Larkin, Johor Bahru

Kehadiran : Semua Pegawai PPDa Negeri Johor

MESYUARAT PENGURUSAN GPK HEM SEKOLAH MENENGAH BIL 1/2010

Tarikh : 10 Februari 2010
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat STAR 1

Pada mesyuarat itu, GPK HEM Sekolah Menengah telah diberikan taklimat mengenai pengurusan pendidikan pencegahan dadah. Diantara elemen yang disentuh ialah :
  1. Memantapkan pengurusan PPDa di sekolah.
  2. Strategi dan Peranan Guru PPDa di sekolah.
  3. Pembugaran aktiviti PPDa di peringkat sekolah.
  4. Sekolah digalakkan menjalankan kajian-kajian kes yang berkaitan.
  5. Membuat refleksi atau kajian impak mengenai program-program yang dilaksanakan di sekolah.
Justeru, diharapkan Guru-guru PPDa Sekolah Menengah dapat mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan GPK HEM bagi membuat pelan tindakan yang sewajarnya.