Selasa, 19 Januari 2010

PENCALONAN CALON ANUGERAH SLAD KPM 2010

Pohon kerjasama kepada semua Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor bagi mencalonkan pelajar yang layak diberikan sijil anugerah Skim Lencana Anti Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Sila buat pencalonan calon secara online. Sila ke URL : http://ppdajpnj.blogspot.com/
Sila lengkapkan maklumat tersebut sebelum atau pada 29 Januari 2010.

Isnin, 18 Januari 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa NEGERI 1/2010



Tarikh : 14 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Segamat

Kehadiran : Semua Pegawai Khas PPDa , Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor.

Pada mesyuarat ini juga , En. Abdul Aziz Bin Hj. Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan telah menyampaikan Sijil Anugerah Kualiti Pengurusan JPNJ kepada semua pegawai PPDa Negeri Johor.

Ahad, 3 Januari 2010

PENGISIAN MAKLUMAT PPDa SECARA ONLINE

Pohon kerjasama pihak pengurusan sekolah bagi melengkapkan pengisian maklumat PPDa secara online yang berkaitan seperti butiran berikut :
  1. Personel PPDa
  2. Pendaftaran Karnival PPDa
Sila layari Portal Pengurusan PPDa PPD Johor Bahru di URL : www.ppdajb.blogspot.com.
Semua urusan pengisian maklumat itu perlu dilakukan sebelum 31 Januari 2010. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

MANUAL PENGURUSAN PPDa PPD Johor Bahru Edisi 2010

Pohon kerjasama kepada semua Guru Pendidikan Pencegahan Dadah untuk muat turun manual pengurusan PPDa PPD Johor Bahru edisi 2010. Klik Disini.

Facebook | PPDa Johor Bahru

Bagi mendapatkan respon dan maklumbalas yang lebih efisien. PPDajb mengorak langkah untuk mewujudkan facebook ini bagi memudahkan semua pihak berkongsi maklumat dan mendapat informasi terkini mengenai PPDa. Sila layari facebook PPDajb.

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua Guru Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Johor Bahru. Moga perancangan aktiviti PPDa bertambah mantap dan menjurus kepada Sekolah Bebas Dadah 2012.