Khamis, 28 Oktober 2010

PENGISIAN MAKLUMAT PROSIDAR SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

Guru Besar
Sekolah-sekolah Rendah
Daerah Johor Bahru

Tuan,
Pohon untuk membuat pengisian maklumat PROSIDAR sekolah tuan di alamat ini : http://eprosidarjb.blogspot.com pada atau sebelum 19 November 2010.

Rabu, 20 Oktober 2010

PERTANDINGAN PROSTAR "BEST PRACTISE" PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010


Ucapan tahniah dan syabas kepada SMK Impian Emas kerana mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dalam pertandingan tersebut yang berlangsung pada 13 Oktober 2010 di Auditorium Hospital Sultan Ismail.


Rabu, 22 September 2010

TAKLIMAT PENYELARASAN BAGI KONTIJEN DAERAH JOHOR BAHRU SEMPENA PERTANDINGAN PROSTAR ”BEST PRACTISE” PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010

Pengetua, SMK Impian Emas

Pengetua, SMK Taman Bukit Indah

Pengetua, SMK Taman Mutiara Rini 2

Pengetua, SMK Sultanah Engku Tun Aminah

Pengetua, SMK Tun Syed Nasir Ismail

Tuan,

Justeru, pohon kerjasama pihak tuan untuk memberi pelepasan kepada Penyelaras PROSTAR sekolah tuan untuk hadir ke taklimat tersebut mengikut butiran berikut :

2.1 Tarikh : 24 September 2010 (Jumaat)

2.2 Masa : 03.00 petang

2.3 Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Impian Emas Johor Bahru


Selasa, 7 September 2010

PROSTAR ”BEST PRACTISE” PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010

Pengetua, SMK Impian Emas
Pengetua, SMK Taman Bukit Indah
Pengetua, SMK Taman Mutiara Rini 2
Pengetua, SMK Sultanah Engku Tun Aminah
Pengetua, SMK Tun Syed Nasir Ismail

Tuan,

Sukacita dimaklumkan, sekolah tuan telah terpilih mewakili daerah Johor Bahru bagi menyertai program tersebut seperti ketetapan berikut :

2.1      Tarikh          : 13 Oktober 2010
2.2      Masa            : 08.00 pagi hingga 05.00 petang
2.3      Tempat         : Auditorium Hospital Sulan Ismail, Johor Bahr
2.4      Peserta         : Setiap Sekolah menghantar 4 orang peserta 1 orang guru pengiring
2.5      Butiran program      : Sila rujuk lampiran

2.             Justeru, diharapkan pihak tuan dapat menyediakan peserta bagi program tersebut dan menguruskan pergerakan pergi dan balik peserta. Sila bawa bersama sesalinan senarai nama peserta lengkap dengan nama penuh dan No.kad pengenalan semasa program dan serahkan sesalinan kepada Unit HEM PPD Johor Bahru pada atau sebelum 08 Oktober 2010. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


SURAT MAKLUMAN PROSTAR

GARIS PANDUAN PROSTAR
Tindakan : PENGETUA DAN PENYELARAS PROSTAR SEKOLAH YANG TERLIBAT

Rabu, 14 Julai 2010

INTRUMEN PENILAIAN KENDIRI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Makluman :

Merujuk surat PPD/JB/05/08/014 bertarikh 05 Julai 2010 yang berkaitan perkara diatas telah diedarkan kepada semua sekolah. Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang telah menghantar instrumen tersebut :

  1. SK (P) Bandar Tinggi
  2. SJKC Kuo Kuang 2
  3. SJKC Foon Yew 2
  4. SK Sri Tebrau
  5. SM Teknik ERT Azizah
  6. SK Kompleks Uda
  7. SK Seri Perling 2
  8. SK Ngee Heng
  9. Sekolah Seni Johor Bahru
  10. SK Temenggong Abdul Rahman 2
  11. SK Sri Amar
Sehubungan itu, pohon kerjasama sekolah-sekolah yang belum menghantar borang tersebut agar dapat mengisi instrumen tersebut bagi penggal pertama (Januari hingga Jun 2010). Sila hantar kembali instrumen yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 19 Julai 2010 kepada Unit HEM (u.p : En. Abdul Aziz How Bin Abdullah). Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

BORANG INSTRUMEN PENILAIAN PPDa

Rabu, 30 Jun 2010

TAHNIAH DAN SYABAS

Ucapan tahniah kepada sekolah-sekolah berikut atas penerimaan anugerah sempena PROGRAM AUDIT AKADEMIK & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN JABATAN PELAJARAN JOHOR 1/2010
  1. SK Taman Universiri 1- Anugerah Sudut/Lorong PPDa Peringkat Kebangsaan Sekolah Rendah.
  2. SMK Impian Emas - Anugerah Sudut/Lorong PPDa peringkat negeri dan Anugerah PROSTAR peringkat kebangsaan kategori ABM.

Selasa, 29 Jun 2010

MESYUARAT PROGRAM PEMANTAPAN PROSTAR SEKOLAH ZON 1 BIL 1/2010MESYUARAT PROGRAM PEMANTAPAN PROSTAR SEKOLAH ZON 1 BIL 1/2010

Merujuk surat JPNJ : JPNJ/PPDa (38)/100-19/6/1 JLD.8 ( 16 ) bertarikh 24 Jun 2010 adalah dirujuk dan dilampirkan bersama.

2. Sehubungan itu, pohon pihak tuan memberi pelepasan kepada seorang Guru Kelab Prostar sekolah tuan hadir ke mesyuarat tersebut mengikut ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 05 Julai 2010 (Isnin)
2.2 Masa : 09.30 pagi
2.3 Tempat : SMK Taman Sutera Johor Bahru
2.4 Agenda Mesyuarat :
• Ucapan aluan Jabatan Pelajaran Negeri Johor
• Pencapaian Program PROSTAR Sekolah Negeri Johor
• AIDS UPDATES
• Pengurusan dan Penyediaan Kelab PROSTAR di sekolah
• PROSTAR Best Practise

Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru yang terlibat ialah :
SMK SULTAN ISMAIL
SMK AMINUDIN BAKI
SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
SMK DATO JAAFAR
SMK GELANG PATAH
SMK IMPIAN EMAS
SMK TAMAN MUTIARA RINI 2
SMK TAMAN BUKIT INDAH
SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH


SURAT JPNJ

JEMPUTAN KE FORUM AWAM PERAWATAN PENAGIHAN DADAH

Tarikh : 02 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 ptg hingga 5.00 ptg
Tempat : Dewan Besar Pusat Islam Iskandar (Kompleks Islam)
Kehadiran : 1 orang Guru Pengiring dan 4 orang Pelajar

Tujuan forum ini adalah bagi mendedahkan peranan dan tanggungjawab masyarakat dalam proses pemulihan pesakit yang terlibat dengan penagihan dadah.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah :
  1. SMK Tun Syed Nasir Ismail
  2. SMK Saint Joseph (B)
  3. SMK Aminudin Baki
  4. SMK (P) Sultan Ibrahim
  5. SMK IJ Convent
  6. SM Teknik Johor Bahru
  7. SM Teknik Perdagangan
  8. SM Vokasional Tanjung Puteri
  9. SMK Tasek Utara
  10. SMK Tasek Utara 2
  11. SMK Abdul Rahman Yassin
  12. SMK Taman Perling
  13. SMK Tun Aminah
  14. SMK Skudai
  15. SMK Engku Tun Aminah
  16. Sekolah Tun Fatimah
  17. SMK Bandar Baru Uda
  18. SMK Damai Jaya
  19. SMK Taman Selesa Jaya 2
  20. SMK Taman Universiti 1



SURAT KELULUSAN JPNJ

Ahad, 20 Jun 2010

DATA AHLI PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA (PROSTAR) SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHR DATA AHLI PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA (PROSTAR) SEKOLAH MENENGAH

Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru

Pohon kerjasama pihak tuan yang ADA KELAB PROSTAR , untuk mengisi data tersebut secara online pada atau sebelum 23 Jun 2010. Sila klik Disini : sisPROSTAR

Selasa, 4 Mei 2010

MESYUARAT JURULATIH UTAMA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010




Tarikh : 06 hingga 07 Mei 2010
Tempat : Hotel Tropikal Inn Johor Bahru
Pendaftaran : 02.00 ptg hingga 3.00 ptg (06 Mei 2010)
Guru yang tertibat :
  1. TAUFIK BIN MOHD HIDIR - SK TANJONG ADANG
  2. SYARFA' SYAZANA BINTI SALAMAL - SMK TAMAN SUTERA

Khamis, 22 April 2010

PELAKSANAAN PROGRAM UJIAN URIN DI SEKOLAH

Pengetua
Sekolah-sekolah
Daerah Johor Bahru.

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dan Agensi Anti Dadah Daerah Johor Bahru akan mengadakan program tersebut di sekolah-sekolah yang terpilih mulai 26 April 2010. Surat program telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah yang terlibat. Pohon perhatian sekolah-sekolah tersebut untuk mengambil tindakan mengikut garis panduan pelaksanaan program seperti ketetapan berikut :

  1. Jawatankuasa Displin Sekolah membuat pemilihan pelajar-pelajar yang akan menjalani ujian urin.
  2. Pemilihan pelajar secara rawak berdasarkan kes salahlaku disiplin yang berkaitan.
  3. Menyediakan maklumat pelajar yang akan menjalani ujian urin. Mengandungi senarai nama, No.K/P, Tingkatan, Kaum dan Jantina.
  4. Mengisi borang UPD 1 (PINDAAN) PER(LAB)SS 301 A ( akan dibekalkan oleh pihak AADK).
  5. Menyediakan tempat yang sesuai bagi menjalani ujian urin yang berdekatan dengan tandas. Contohnya di makmal sains atau bilik kesihatan.
  6. Ada Guru Bertugas (Guru Disiplin) yang akan mengawal pelajar semasa proses menjalani ujian urin.
  7. Guru Bertugas membantu untuk mengawal selia pergerakan pelajar.
  8. Pihak sekolah memberi kerjasama kepada pihak AADK semasa proses menjalankan ujian urin ke atas pelajar.
  9. Sila rujuk PPD Johor Bahru sekiranya adalah masalah berbangkit.
  10. Sila hantar laporan lengkap ke Unit HEM PPDJB (u.p : En. Abdul Aziz How Bin Abdullah) setelah program dijalankan seperti ketetapan berikut :
  • Pengenalan
  • Matlamat
  • Tarikh dan masa
  • Sasaran
  • Statistik Pelajar yang terlibat
  • Dapatan
  • Cadangan
  • Kesimpulan
  • Lampiran : Gambar-gambar berkaitan

Muat Turun :
Borang senarai pelajar



Isnin, 19 April 2010

PENANGGUHAN KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAERAH JOHOR BAHRU 2010

Sukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti Karnival PPDa Daerah Johor Bahru ditangguhkan kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Diharapkan pihak sekolah dapat mengadakan aktiviti karnival PPDa di peringkat sekolah. Harap maklum.

Jumaat, 9 April 2010

KAJIAN PENDAPAT BAGI MEMANTAPKAN PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA (PROSTAR)

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil langkah-langkah memantapkan pelaksanaan Program Sihat Untuk Remaja(PROSTAR), Untuk tujuan ini, pandangan dan cadangan kumpulan sasar adalah diperlukan bagi merangka program yang lengkap dan bersesuaian.
Sukacita dimaklumkan SMK Mutiara Rini 2, Johor Bahru telah dipilih untuk menyertai kajian pendapat tersebut.
Program tersebut akan diadakan pada 12 April 2010 jam 8.30 pagi. Pihak sekolah diminta menyediakan 8 orang guru dan 9 orang pelajar untuk menyertai kajian tersebut.

Surat program dan format kajian telah dimasukkan ke dalam pigeon hole sekolah.

Isnin, 15 Mac 2010

PELAKSANAAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

Pohon kerjasama pihak Guru Besar untuk memastikan program ini telah dirancang dan dilaksanakan mengikut surat arahan yang dilampirkan. Sekolah-sekolah rendah diminta melaksanakan program tersebut mengikut jadual seperti lampiran ( Tahun 1- bermula bulan Julai / Tahun 2 hingga 6 bermula pada bulan Mac). Sekolah-sekolah yang telah melaksanakan program PROSIDAR diminta memberi maklum balas secara online melalui : http://eprosidarjb.blogspot.com/

BAHAN EDARAN :

TAKLIMAT PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAERAH JOHOR BAHRU

TARIKH : 25 MAC 2010 (KHAMIS)
MASA : 02.00 PTG HINGGA 05.00 PTG
TEMPAT : DEWAN SK TAMAN UNIVERSITI 1, JOHOR BAHRU
KEHADIRAN : SETIAUSAHA PPDa SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH


PENGISIAN TAKLIMAT :
  1. AADK Daerah Johor Bahru
  2. Pengurusan PPDa
  3. Pelancaran PROSIDAR
  4. Lawatan ke Sudut PPDa SK Taman Universiti 1

Jumaat, 12 Mac 2010

PROGRAM RAKAN ANTIDADAH (RADA)

Kepada semua warga pendidik yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli, sila layari laman web ini : http://radajohor.net/

Rabu, 10 Mac 2010

STATUS PELAKSANAAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2010

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

Pohon kepada semua sekolah untuk memberi maklum balas mengenai status pelaksanaan minggu antidadah peringkat sekolah. Sila klik Di sini.

KURSUS FASILITATOR PELAJAR SAHABAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH-PETRONAS PERINGKAT NEGERI 2010

Tarikh : 22 hingga 24 Mac 2010
Tempat : Savannah Hill, Ulu Tiram Pasir Gudang
Pendaftaran : 22.03.2010 jam 2.00 ptg hingga 3.00 ptg
Sekolah yang terlibat : SMK Dato Uswan Awang dan Maktab Sultan Abu Bakar

Surat Panggilan Kursus : Klik Di Sini

Rabu, 3 Mac 2010

MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS FASILITATOR PELAJAR SAHABAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH-PETRONAS 2010

Tarikh : 08 Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Savannah Hill, Ulu Tiram Pasir Gudang
Masa : 09.00 pagi

Kehadiran :
  • KU PPDa JPNJ
  • PKU PPDa JPNJ
  • Pegawai Khas PPDa Pasir Gudang
  • Azmi Murad Bin Abu Yamin - SMk Seri Intan, Kluang
  • Wan Maheera Bt Wan Talib - SMK Simpang Renggam, Kluang
  • Mohd Sharful Admal Bin Adnan - SK Kota Masai, Pasir Gudang
  • Salwana Bt Mohamed Nor - SMK Kota Puteri 2, Pasir Gudang
  • Norsyuhaidah bt Shuhaimi - Sk Johor Jaya 5, Pasir Gudang
  • Md Arvanee Bin Md Jani - Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
  • Tuan Amzi Shah Bin Tuan Alias - SMK Dato' Usman Awang, Johor Bahru
  • Mohd Hazni Bin Ali - SMK Dato' Seri Amar Diraja Muar
  • K.Bhaskaran A/L t. Krishnan - SMK Tunku Putra, Batu Pahat
  • Siti Hawa Bt Sari - SK Jelutong, Batu Pahat.
  • Hasdhatul Norasyikin Bt Md Said - SMK Johor Jaya 2
  • Mohamad Reezal Bin Shamsuddin - SMK Taman Molek
  • Norabitah Bt Zehari - SMK Taman Pasir Putih
  • Zahrol Bahri Bin Salim - SK Ulu Tiram
  • Aslizam Bin Tobari - SK Pasir Putih
  • Jeffri Bin Taip - SK Kangkar Tebrau
  • Mohd Halim Bin Basrin - SK Pasir Gudang 1
  • Jamilah Bin Abdullah - SK Desa Jaya
  • Norazlina Bte Mohamed Salleh - SK Desa Cemerlang
  • Siti Hajar Bt Kamsani - SK (F) Ulu Tebrau

Isnin, 1 Mac 2010

Khamis, 25 Februari 2010

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN TAHUN 2010

19 Februari 2010 adalah sambutan Hari Anti Dadah peringkat Kebangsaan. Jabatan Pelajaran Johor mencadangkan sambutan itu dilaksanakan di semua sekolah di negeri Johor mulai 15 Februari 2010 hingga 26 Februari 2010 dengan menjalankan beberapa aktiviti selama seminggu seperti berikut :-
  • Ikrar AntiDadah oleh semua pelajar semasa perhimpunan
  • Membaca Perutusan
  • Ucapan Pengetua/Guru Besar Sempena Hari Anti Dadah (mengandungi mesej Pendidikan Pencegahan Dadah) dalam perhimpunan.
  • Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah seperti ceramah, pameran, melukis poster, kuiz antidadah dan lain-lain program yang boleh menggalakkan peningkatan, pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar mengenai dadah.

Tema Minggu Anti Dadah pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah".Sila muat turun bahan-bahan berikut bagi pelaksanaan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Tahun 2010 di peringkat sekolah.

  1. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  2. Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit
  3. Bahan Sokongan Program Cuma Lima Minit

Jumaat, 19 Februari 2010

KURSUS JURULATIH UTAMA SAHABAT PPDa PETRONAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010

TARIKH : 23 HINGGA 25 FEBRUARI 2010
TEMPAT : HOTEL SELESA, PASIR GUDANG
MASA : 2.30 PETANG (PENDAFTARAN)

JURULATIH EKSEKUTIF YANG TERLIBAT :

  1. Semua Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri Johor
  2. Azmi Murad Bin Abu Yamin - SMk Seri Intan, Kluang
  3. Wan Maheera Bt Wan Talib - SMK Simpang Renggam, Kluang
  4. Mohd Sharful Admal Bin Adnan - SK Kota Masai, Pasir Gudang
  5. Salwana Bt Mohamed Nor - SMK Kota Puteri 2, Pasir Gudang
  6. Norsyuhaidah bt Shuhaimi - Sk Johor Jaya 5, Pasir Gudang
  7. Md Arvanee Bin Md Jani - Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
  8. Tuan Amzi Shah Bin Tuan Alias - SMK Dato' Usman Awang, Johor Bahru
  9. Mohd Hazni Bin Ali - SMK Dato' Seri Amar Diraja Muar
  10. K.Bhaskaran A/L t. Krishnan - SMK Tunku Putra, Batu Pahat
  11. Siti Hawa Bt Sari - SK Jelutong, Batu Pahat.
PENGISIAN PROGRAM :

  • Suai Kenal
  • Pengenalan Sahabat PPDa Petronas
  • Kenal Diri
  • Kemahiran Asas Membimbing
  • Kemahiran Komunikasi & Asertif
  • Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Pelan Tindakan

Khamis, 11 Februari 2010

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH BAGI TAHUN 2010

Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Cawangan Penguatkuasaan & Keselamatan
AADK Negeri Johor, Bangunan Felda Palm Oil Sdn. Bhd
Jalan Taruka Off, Jalan Datin Halimah
Larkin, Johor Bahru

Kehadiran : Semua Pegawai PPDa Negeri Johor

MESYUARAT PENGURUSAN GPK HEM SEKOLAH MENENGAH BIL 1/2010

Tarikh : 10 Februari 2010
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat STAR 1

Pada mesyuarat itu, GPK HEM Sekolah Menengah telah diberikan taklimat mengenai pengurusan pendidikan pencegahan dadah. Diantara elemen yang disentuh ialah :
  1. Memantapkan pengurusan PPDa di sekolah.
  2. Strategi dan Peranan Guru PPDa di sekolah.
  3. Pembugaran aktiviti PPDa di peringkat sekolah.
  4. Sekolah digalakkan menjalankan kajian-kajian kes yang berkaitan.
  5. Membuat refleksi atau kajian impak mengenai program-program yang dilaksanakan di sekolah.
Justeru, diharapkan Guru-guru PPDa Sekolah Menengah dapat mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan GPK HEM bagi membuat pelan tindakan yang sewajarnya.

Selasa, 19 Januari 2010

PENCALONAN CALON ANUGERAH SLAD KPM 2010

Pohon kerjasama kepada semua Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor bagi mencalonkan pelajar yang layak diberikan sijil anugerah Skim Lencana Anti Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Sila buat pencalonan calon secara online. Sila ke URL : http://ppdajpnj.blogspot.com/
Sila lengkapkan maklumat tersebut sebelum atau pada 29 Januari 2010.

Isnin, 18 Januari 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa NEGERI 1/2010



Tarikh : 14 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Segamat

Kehadiran : Semua Pegawai Khas PPDa , Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor.

Pada mesyuarat ini juga , En. Abdul Aziz Bin Hj. Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan telah menyampaikan Sijil Anugerah Kualiti Pengurusan JPNJ kepada semua pegawai PPDa Negeri Johor.

Ahad, 3 Januari 2010

PENGISIAN MAKLUMAT PPDa SECARA ONLINE

Pohon kerjasama pihak pengurusan sekolah bagi melengkapkan pengisian maklumat PPDa secara online yang berkaitan seperti butiran berikut :
  1. Personel PPDa
  2. Pendaftaran Karnival PPDa
Sila layari Portal Pengurusan PPDa PPD Johor Bahru di URL : www.ppdajb.blogspot.com.
Semua urusan pengisian maklumat itu perlu dilakukan sebelum 31 Januari 2010. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

MANUAL PENGURUSAN PPDa PPD Johor Bahru Edisi 2010

Pohon kerjasama kepada semua Guru Pendidikan Pencegahan Dadah untuk muat turun manual pengurusan PPDa PPD Johor Bahru edisi 2010. Klik Disini.

Facebook | PPDa Johor Bahru

Bagi mendapatkan respon dan maklumbalas yang lebih efisien. PPDajb mengorak langkah untuk mewujudkan facebook ini bagi memudahkan semua pihak berkongsi maklumat dan mendapat informasi terkini mengenai PPDa. Sila layari facebook PPDajb.

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua Guru Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Johor Bahru. Moga perancangan aktiviti PPDa bertambah mantap dan menjurus kepada Sekolah Bebas Dadah 2012.

Arkib Berita