Jumaat, 19 Jun 2009

MAJLIS PERASMIAN SUDUT SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH CONTOH NEGERI JOHOR

TARIKH : 27 JUN 2009 ( SABTU )
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : SK TAMAN UNIVERSITI 1, JOHOR BAHRU
PERASMI : TN HJ SUFAAT BIN TUMIN, PENGARAH PELAJARAN JOHOR
KEHADIRAN : SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA DIJEMPUT HADIR

Khamis, 18 Jun 2009

KEPUTUSAN RASMI KARNIVAL PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam Karnival PPDa Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 8 hingga 11 Jun lalu. Syabas kepada yang berjaya khususnya bagi kontinjen Johor. Terima kasih daun keladi kepada ketua dan penolong ketua kontinjen, guru-guru pengiring, hakim pertandingan, Guru Besar dan Pengetua sekolah terlibat dan anak-anak didik yang telah menunjukkan komitmen jitu dan padu untuk memburu kejayaan. Semoga lebih meriah musim menuai tahun hadapan.

Berikut adalah keputusan Karnival PPDa Peringkat Kebangsaan 2009 yang telah diadakan di Sungai Petani Kedah D.A.

Dikir Barat
1. Kelantan
2. Terengganu
3. Sabah

Nasyid
1. Kelantan
2. Perak
3. Johor

Boria
1. Kedah
2. Negeri Sembilan
3. Terengganu

Poster (SMA)
1. Terengganu
2. Pulau Pinang
3. Labuan

Poster (SMR)
1. Perak
2. Selangor
3. Terengganu

Poster (SR)
1. Terengganu
2. Pulau Pinang
3. Sarawak

Sajak (SR)
1. Melaka
2. Perak
3. Selangor

Sajak (SM)
1. Sarawak
2. Kuala Lumpur
3. Kelantan

e-PPDa
1. Melaka
2. Perak
3. Johor

Rabu, 17 Jun 2009

Mesyuarat Penyelarasan Program KEM INTIM

Tarikh : 19 Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat :
Bilik Mesyuarat Cawangan Penguatkuasa dan Keselamatan
AADK Daerah Johor Bahru
(d/a Pejabat FELDA Kawasan Johor Selatan )
Jln. Teroka Off Jln. Datin Halimah
80990 Johor Baharu
Johor Darul Takzim

Kehadiran :
Guru Pengiring , SK Pendas Laut dan SJKC Ming Terk

Hari Anti Dadah Sedunia

Sempena 'Hari Anti Dadah Sedunia' yang disambut setiap 26 Jun ini marilah kita sama-sama bertekad untuk memberi sebaik mungkin pendidikan yang sebaik mungkin kepada anak-anak didik kita. Semua warga pendidik memainkan peranan yang peranan yang penting dalam memberi informasi yang terkini mengenai pendidikan pencegahan dadah. Janganlah sekali-kali kerjabuat kita selama ini dikatakan sebagai retorik semata-mata.

Jumaat, 12 Jun 2009

PROGRAM KEM KECEMERLANGAN INTELEK MURID (INTIM)

Dimaklumkan bahawa Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru akan mengadakan program tersebut mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 26 hingga 28 Jun 2009
Tempat: Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Tema : "Murid Cemerlang Menjana Generasi Gemilang"
Penyertaan : Sekolah-sekolah yang terpilih iaitu -

Nama Sekolah

Murid Tahun 5

Guru Pengiring

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

SK Tanjung Puteri

2

1



SK Larkin 2

1

2



SK Pendas Laut

2

1

1


SJKC Ming Terk

1

2


1

SJKT Taman Tun Aminah

1

2



JUMLAH

7

8

1

1


* Surat program dimasukkan ke pigeon hole sekolah.

Rabu, 3 Jun 2009

SISTEM PEMANTAUAN KENDIRI BILIK/SUDUT/LORONG SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SECARA ONLINE

Merujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, (Bs/SPPK)8543/078.Jld II (100)bertarikh 16 Januari 2008, satu ketetapan telah diambil supaya setiap sekolah mewujudkan Bilik Sumber PPDa atau sudut /Lorong PPDa.Sehubungan dengan itu, Jabatan Pelajaran Johor telah mengambil inisiatif dan tindakan yang proaktif dengan mengadakan Sistem Pemantauan Kendiri secara Online. Program rintis ini melibatkan 20 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah Negeri Johor untuk melaksanakan sistem tersebut.

Sila layari Portal Rasmi PPDa JPNJ (ppdajpnj.blogspot.com)- Pilih Menu Sistem Pengurusan Online PPDa.
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru yang terlibat ialah :

PPD JOHOR BAHRU

  1. SMK IMPIAN EMAS
  2. SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
  3. SK TAMAN TUN AMINAH 2
  4. SK TAMAN UNIVERSITI 1
Justeru, pohon kepada sekolah tersebut dapat membuat pengisian secara online bermula 15 Jun 2009.