Khamis, 26 Februari 2009

MESYUARAT PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR) 2009

TARIKH : 02 MAC 2009 (ISNIN)
TEMPAT : SK MEGAH RIA PASIR GUDANG
MASA : 08.00 PAGI

KEHADIRAN : PEGAWAI-PEGAWAI KHAS PPDa NEGERI JOHOR

Rabu, 25 Februari 2009

TEMA PERAYAAN HARI GURU 2009

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

  1. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.
  2. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.
  3. Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.
  4. Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Isnin, 23 Februari 2009

SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2009

Pengetua/Guru Besar :
Dilampirkan surat dari JPNJ dan perutusan bagi Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Sila Klik Disini

Jumaat, 20 Februari 2009

MAJLIS PELANCARAN ANTI DADAH PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU 2009

Tarikh : 23 Februari 2009
Masa : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat : SMK Kempas, Jalan Dataran 4, Taman Kempas
Disempurnakan oleh : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru
Atur Cara :
- Pelajar berkumpul di Dataran Kempas
- Ketibaan Tetamu Jemputan
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor
- Bacaan Doa
- Nyanyian Lagu Tema Anti Dadah
- Ucapan Alu-aluan :
Tn Hj Buni Bin Sunade, Pengetua SMK Kempas
- Bacaan Perutusan Sambutan Minggu Anti Dadah
- Ucapan Perasmian Pelancaran Oleh
Tn Hj Kamaruddin Bin Sa’ayun
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru
- Penyampaian Cenderamata
- Persembahanan Deklamasi Sajak
- Lafaz Ikrar Anti Dadah
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Lawatan ke ruang pameran
- Jamuan

Khamis, 12 Februari 2009

MESYUARAT MODUL SAHABAT PPDa -PETRONAS 2009

Tarikh : 15-18 Februari 2009
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Muar

Kehadiran : Pegawai Khas PPDa Negeri Johor

PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRESS) SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI 2009

Tarikh : 23 hingga 25 Februari 2009

Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Muar

d/a Kem Denai Alam SK Seri Bukit Batu Muar

Masa : 2.00 petang (23 Februari 2009-pendaftaran))

Penyertaan :

Sekolah

Pelajar

Guru Pengiring

SMK Taman Pelangi

4 orang pelajar lelaki

( 3 Melayu 1 Bukan Melayu)

1 orang

SMK Kompleks Sultan Abu Bakar

4 orang pelajar perempuan

( 3 Melayu 1 Bukan Melayu)

1 orang

Rabu, 11 Februari 2009

KURSUS JURULATIH UTAMA SAHABAT PPDa PETRONAS

Tarikh : 16 hingga 18 Februari 2009
Masa : 2.30 petang (pendaftaran - 16 Februari 2009)
Tempat : Hotel Traders, Muar Johor

Peserta PPD Johor Bahru :
  1. Azizah Bt Osman - SK Taman Anggerik
  2. Mohammad Saifuldin B. Hassan - SK Kampung Maju Jaya
  3. Siti Sara Bt Abdullah - Maktab Sultan Abu Bakar
  4. Tuan Amzi Shah Bin Tuan Alias - SMK Dato' Usman Awang
** surat panggilan program telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah.

Mesyuarat Penyelarasan Melaksanakan Ujian Saringan Bagi Peringkat Sekolah Menengah

Tarikh : 13 Februari 2009 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat :
Bilik Mesyuarat AADK Johor Bahru
Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan
AADK Daerah Johor Bahru,
Bangunan FELDA PALM Oils Sdn. Bhd
Jalan Taruka Off, Jln Datin Halimah Larkin, Johor Bahru

Sasaran: Pegawai Khas PPDa PPD Johor Bahru, Kulaijaya dan Pasir Gudang

Agenda :
  1. Ucapan pengerusi
  2. Pelaksanaan ujian urin peringkat sekolah menengah
  3. Hal-hal lain

Khamis, 5 Februari 2009

PENGISIAN MAKLUMAT SECARA ONLINE PPDa

Pohon kerjasama Pengurusan PPDa di sekolah mengisi maklumat-maklumat berkaitan di bawah dari masa ke semasa secara online iaitu menggunakan kemudahan menu Sistem Online sebelum atau pada 23 Februari 2009. Sila Klik Disini untuk tujuan pengisian.

  1. Penyertaan Aktiviti Karnival PPDa 2009
  2. Penghantaran data ADIUB (sekiranya berkaitan)


Ahad, 1 Februari 2009

PENGHANTARAN DATA SSDM SECARA ONLINE

Makluman kepada GPK HEM sekolah-sekolah di Daerah Johor Bahru untuk melaksanakan penghantaran data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM). Kerjasama anda amat kami hargai.
Data SSDM hendaklah dihantar pada atau sebelum 5 hari bulan pada setiap bulan berikutnya. Sila pastikan data tersebut di semak dan cetakan laporan dimasukkan ke fail SSDM Sekolah.
Fail SSDM yang akan dihantar hendaklah dizipkan terlebih dahulu.Sila klik Di sini